Pulang jumpa isteri di Golok, lelaki ditahan rentas sempadan secara haram
RANTAU PANJANG – Seorang lelaki yang baru pulang dari Golok, Thailand selepas berjumpa isterinya ditahan kerana melakukan rentas sempadan secara haram, semalam.
Lelaki berusia 54 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 2.45 petang semalam di pangkalan haram Abe Yie Parking.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek dikesan menaiki sebuah perahu dari Thailand menuju ke Rantau Panjang sebelum ditahan pihak berkuasa.
“Suspek ditahan kerana memasuki negara melalui jalan tidak sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63.
“Hasil soal siasat mendapati, suspek masuk ke Thailand untuk berjumpa isteri di Golok,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad Radzi berkata, operasi rondaan dan pemantauan akan terus dilaksanakan bagi membanteras sebarang aktiviti pembolosan.
Tambahnya, kes diserahkan kepada pihak IPD Pasir Mas untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








