JENAYAH & MAHKAMAH

Dua sahabat ditahan bawa rokok seludup hampir RM470,000

PASIR PUTEH – Dua lelaki tempatan ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas disyaki membawa 260,000 batang rokok seludup bernilai hampir RM470,000 dalam satu operasi di sini semalam.

Menurut Komander Briged Tenggara PGA Ahmad Radzi Hussain berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 31 tahun itu ditahan dalam Op Taring Wawasan Kelantan sekitar jam 7 pagi ketika memandu dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan tersebut membawa 26 kotak besar berisi rokok putih tidak bercukai.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk rokok dan dua kenderaan dianggarkan bernilai kira-kira RM508,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kedua-dua suspek dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ dan mengaku menerima bayaran sekitar RM200 bagi setiap perjalanan yang dilakukan.

“Rokok seludup itu dipercayai diperoleh daripada pembekal di Kota Bharu sebelum diedarkan ke pasaran tempatan termasuk Terenggan,” katanya lagi.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, manakala PGA menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membanteras aktiviti penyeludupan di negeri ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button