BERITA SEMASA

Ahmad Zahid dalam tempoh berehat

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau kini dalam tempoh berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor, sebelum kembali bertugas.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberitahu perkara itu menerusi catatan di Instagram beliau malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya. Aamiinn,” katanya yang juga Presiden UMNO.

Terdahulu, anak Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah memberitahu keadaan kesihatan bapanya baik selepas selesai menjalani satu prosedur pembedahan Khamis lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button