Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada 12 pertubuhan kebajikan
KUALA LUMPUR – Agrobank menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan wilayah di seluruh negara sebagai inisiatif sempena Aidilfitri tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, sumbangan itu bertujuan memastikan golongan asnaf dan anak-anak yatim turut merasai kemeriahan sambutan Hari Raya.
“Program ini dilaksanakan di seluruh Malaysia, termasuk penyediaan dan pengagihan bubur lambuk serta majlis berbuka puasa di lapan buah masjid luar bandar.
“Kami juga berkolaborasi dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam menjayakan inisiatif zakat ini,” katanya.
Dalam pada itu, Agrobank turut menyalurkan zakat sebanyak RM10,000 kepada sebuah pertubuhan anak yatim serta pelajar asnaf dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena program Iftar @ KL anjuran JKKN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








