Bot gimik kibar bendera Israel: Agrobank nafi penglibatan, logo digunakan tanpa kebenaran
KOTA BHARU – Agrobank menafikan sebarang penglibatan dalam insiden tular melibatkan bot yang mempamerkan logo bank itu ketika berlangsungnya program solidariti Palestin di Sungai Kelantan baru-baru ini.
Agrobank berkata, bahawa bot yang digunakan dalam rakaman video berkenaan merupakan aset promosi milik mereka, namun penyertaan bot tersebut dalam acara berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran pihak bank.
“Bot yang dipaparkan dalam video tersebut digunakan dalam inisiatif promosi Agrobank sebelum ini.
“Penyertaan bot tersebut dalam acara solidariti berkenaan telah dilakukan tanpa pengetahuan pihak bank.
“Agrobank menegaskan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan, pementasan mahupun penyebaran video tersebut,” memetikmlaporan Kosmo online.
Pihak bank turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan di media sosial yang boleh mengelirukan atau disalah tafsir oleh masyarakat.
Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan sekumpulan individu melakukan gimik solidariti untuk Palestin dengan menaiki bot di Sungai Kelantan.
Namun, sebuah bot mencetus perhatian apabila kelihatan ‘berlakon’ sebagai tentera Israel sambil mengibarkan beberapa helai bendera rejim Zionis, sekali gus menimbulkan kekeliruan dan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








