BERITA SEMASA

MAPIM rancang bina Bandar Wakaf Malaysia di Gaza

SHAH ALAM – Pembangunan Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang akan dilaksanakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mensasarkan pengumpulan dana berjumlah RM100 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al Kahery berkata, projek akan merangkumi 14 buah apartment yang mewakili 14 buah negeri dalam Malaysia, sebuah masjid, sekolah, kompleks perniagaan, menara air, dapur pusat dan hospital.

Katanya, pembangunan bandar dengan teknologu boleh diperbaharui itu bukan sekadar penyelesaian jangka pendek tetapi menjadi teras pembangunan semula Gaza.

“Sehingga kini, Projek Bandar Wakaf Malaysia Gaza sudah mendapat sokongan daripada beberapa negeri, agensi-agensi kerajaan, dan pendana-pendana dermawan.

“Pelan pembangunan ini bukan sahaja memberi sokongan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza daripada segi zahir material tetapi juga merangkumi aspek yang lebih holistik, termasuk penelitian kepada kelangsungan pendidikan, ekonomi dan kerohanian penduduk Gaza,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam pembentangan projek berkenaan semasa sesi minum petang MAPIM bersama pendakwah popular Ustaz Dr. Abdul Somad bertajuk Recharge : Gaza Bangkit! hari ini.

Majlis diadakan bertujuan meniupkan semula semangat solidariti untuk membantu rakyat Palestin dengan hastag #gazabangkit dan pengenalan kepada sebuah pembangunan istimewa iaitu Bandar Wakaf Malaysia Gaza.

Majlis turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut berperanan sebagai penggerak utama dalam merealisasikan projek berkenaan.

Panel lain termasuk Pengerusi Eksekutif Dagang NeXchange, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Dr. Ridzwan Bakar.

Dr. Sani Araby berkata, MAPIM berterima kasih terhadap sokongan dan komitmen yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor terhadap Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button