PMX

Nahas Elmina: Setiausaha Politik PM ziarah, sampaikan sumbangan kepada waris

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi keluarga dua mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam minggu lepas.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, semalam, Ahmad yang mewakili pihaknya telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib dan Allahyarham Khairil Azwan Jamaluddin di Felda Mempaga 1, Karak dan Kampung Ketari, Bentong.

“Saya turut berdukacita dan mendoakan agar keluarga terus diberikan kekuatan serta ketabahan yang tinggi saat diuji dengan ujian besar ini,” katanya dalam satu hantaran di  Facebook hari ini.

Untuk rekod, Ustaz Idris bertugas sebagai penguatkuasa di Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Pahang dan telah mengambil  cuti tanpa gaji selama setahun kerana mengikuti Datuk Seri Johari Harun yang juga mangsa nahas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.

Pada 17 Ogos lepas, 10 individu terkorban dalam nahas itu termasuk Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang p-hailing dan pemandu e-hailing yang menggunakan lebuh raya berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button