BERITA SEMASA

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Anwar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini.

Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti umum Hari Wesak sebelum mengadakan pertemuan tertutup secara empat mata di Istana Bukit Tunku.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara hari ini.

“Seri Paduka Baginda juga berkenan bersarapan bersama Perdana Menteri di Banglo 289, Jalan Raja Chulan,” menurut kenyataan yang dimuat naik Istana Negara menerusi Facebook hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pertemuan antara Anwar dan Seri Paduka Baginda berlangsung lebih sejam.

“Selepas itu, Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan tertutup secara empat mata bersama Datuk Seri Anwar di Istana Bukit Tunku yang berlangsung lebih sejam,” tambah kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button