BERITA SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.

Baginda bertitah, guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.

“Tanpa guru tiadalah ilmu, tanpa ilmu gelaplah arah itu. Guru adalah cahaya menerangi jalan kita ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

“Terima kasih kepada semua guru di atas jasa dan pengorbanan anda, sama ada di bandar mahu pun pedalaman, bakti kalian tetap dikenang,” titah baginda dalam satu hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button