Agong titah perangi rasuah tanpa kompromi di Johor
JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan usaha memerangi rasuah di semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Johor perlu dilaksanakan tanpa kompromi.
Amanat itu disampaikan Sultan Ibrahim selepas berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir di Istana Pasir Pelangi, hari ini.
Pada sesi menghadap tersebut, Sultan Ibrahim menekankan bahawa integriti dan ketelusan dalam pentadbiran merupakan asas penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri Johor terus terpelihara.
Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu turut menyaksikan baginda berkenan menerima sembah taklimat berhubung perkembangan semasa dan kemajuan pesat yang dicapai negeri Johor, dipersembahkan oleh Onn Hafiz.
“Sesi menghadap berkenaan mencerminkan komitmen berterusan institusi diraja dalam memastikan tadbir urus negeri sentiasa berada pada landasan yang telus, berintegriti dan berorientasikan kepentingan rakyat,” menurut kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini.
Baca juga : SPRM turut dalam radar Agong perangi rasuah
Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Hazlina Jalil, serta Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








