SPRM teliti dakwaan pelaburan RM1.11 bilion babit bekas Menteri Kanan
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini meneliti dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan seorang bekas Menteri Kanan di sebuah kementerian.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan tersebut daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kira-kira pukul 2 petang tadi.

Menurut kenyataan itu, pengadu mengesyaki bekas Menteri Kanan berkenaan serta beberapa pegawai kementerian ketika itu terbabit dalam isu berkenaan.
“Selain itu, terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak membabitkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI),” menurut kenyataan berkenaan.
SPRM turut memaklumkan bahawa pengadu membangkitkan beberapa isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan dalam urusan pelaburan tersebut.
BACA JUGA:
[VIDEO] 3 NGO desak SPRM siasat penyelewengan projek di kementerian, libat bekas menteri
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya sedang meneliti secara menyeluruh laporan yang diterima bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.
“Antara tindakan awal yang diambil ialah meneliti dokumen dan bukti yang dikemukakan sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Beliau menegaskan SPRM komited memastikan setiap aduan disiasat secara profesional, telus dan berintegriti selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








