‘Bersihkan’ struktur haram di tanah Yayasan Kubra, Tamim Dahri dan ustaz Ismail Mina dipanggil polis
KUALA LUMPUR – Sebuah kuil yang dibina secara tidak sah sejak 2018 di atas tapak milik sebuah yayasan dirobohkan oleh sekumpulan aktivis.
Dalam kejadian pagi tadi, Kuil Utchimalai Muneswaran di Rawang yang dibina di atas tapak hak milik Yayasan Kubra dirobohkan oleh aktivis Tamim Dahri bersama pemegang amanah yayasan itu, ustaz Ismail Mina.
Menurut peguam Aidil Khalid, ustaz Ismail selaku pemegang amanah yayasan telah mendapatkan bantuan Tamim untuk mejalankan kerja-kerja pembersihan ke atas struktur haram di atas tanah yayasan itu.
Bagaimanapun katanya, selepas kerja perobohan dilakukan mereka telah dikepung oleh sekumpulan individu yang bukan pemilik sah tanah.
“Ini bagi memberi laluan kepada pembinaan projek rumah asnaf di atas tanah itu, seperti yang telah dirancang sejak sekian lama.
“Pembersihan tersebut telah berjaya dilaksanakan awal pagi tadi, tapi selepas kerja perobohan selesai, Tamim telah dikepung oleh sekumpulan orang yang bukan pemilik sah tanah.
“Selepas menghubungi 999, dua anggota polis telah datang ke tempat kejadian dan mengiringi Tamim ke ibu pejabat polis (IPD),” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, pihak jawatankuasa
Peguam Geram telah pergi ke IPD Gombak namun hanya diberi akses kepada ustaz Ismail sahaja.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















