BERITA SEMASA

Yayasan Kubra buat laporan polis, terima ancaman tanah akan diceroboh

KUALA LUMPUR – Yayasan Kubra mendakwa menerima amaran daripada pihak polis mengenai tindakan sekumpulan individu yang merancang untuk menceroboh semula dan mahum melakukan upacara anutan di tapak tanah milik yayasan itu.

Menurut peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff, sehubungan itu pihaknya telah membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba menimbulkan naratif 3R.

“Segala struktur rumah anutan haram dan kuil haram telah runtuh sepenuhnya pada 25 Februari lalu. Malah tiada sebarang berhala berada di tapak tanah Yayasan Kubra setelah pihak penceroboh kuil haram sendiri membawa keluar berhalanya.

“Cubaan tindakan penceroboh untuk membangkitkan kekecohan, rusuhan dan kegemparan awam adalah kini terjumlah kepada kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Yayasan Kubra membuat laporan polis bagi mendapatkan kawalan keselamatan dan mengelakkan sebarang cubaan rusuhan jenayah daripada penceroboh tanah yang jelas tidak mahu menghormati Perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Jika perintah Mahkamah Tinggi juga tidak dihormati, Yayasan Kubra memohon perhatian dan tindakan segera pihak berkuasa dan kerajaan untuk menangkap dan menghumban penjenayah penceroboh yang jelas dan nyata ingin berterusan menceroboh tanah tuan tanah, Yayasan Kubra.

“Sekarang kita lihat bagaimana naratif 3R yang ingin ditiupkan oleh pihak penceroboh kuil haram,” katanya. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button