BERITA SEMASA

Papparaidu akui ada struktur dibina di atas tanah Yayasan Kubra, namun bantah perobohan dibuat tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR – EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Papparaidu Veraman
memandang serius insiden perobohan struktur di atas tanah Yayasan Kubra di Rawang Perdana yang kini disiasat pihak berkuasa.

Beliau berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan segera, profesional dan telus terhadap semua pihak yang terlibat.

“Saya menegaskan bahawa sebarang isu pencerobohan tanah atau perobohan struktur mesti ditangani melalui saluran rasmi dan mendapat kebenaran pihak berautoriti.

“Jika berlaku pencerobohan, laporan rasmi hendaklah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan.

“Sebarang perobohan pula mesti mendapat kebenaran dan perintah sah terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kuil
Pasukan polis meninjau sebuah kuil yang dibina di tapak milik Yayasan Kubra ‘dibersihkan’ oleh sekumpulan aktivis pagi tadi.

Mengulas lanjut katanya, sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, peralatan dan jentera yang digunakan termasuk excavator wajar dirampas bagi memastikan siasatan berjalan lancar serta mengelakkan gangguan terhadap bahan bukti.

“Semua pihak perlu bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mencetuskan ketegangan kaum atau agama.

“Biarlah jabatan yang berkenaan menjalankan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang demi menjaga keharmonian negeri,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button