Siapa nak beli, hantu raya pun ada dalam tu – pemilik tanah di Selangor Dredging
DENGKIL – Pemilik tanah di Jalan Selangor Dredging, di sini yang terdapat binaan kuil haram di dalamnya menafikan sudah menjual tanah tersebut.
Suhaili Ahmad, 70, yang merupakan seorang pesara swasta menegaskan, jika tanah itu sudah terjual, pastilah dia orang paling seronok.
“Siapa yang beli. Kalau sudah jual, seronok la saya. Boleh joli.

“Siapa yang nak beli kalau kuil berterabur di dalam tanah tersebut. Hantu raya pun ada dalam tanah itu,” katanya dalam nada sinikal ketika dihubungi Malaysia Tribune.
Hari ini, tular komen di media sosial yang mendakwa Suhaili telah menjual tanah tersebut.
Menurut seorang pengguna Facebook, Suhaili dikatakan telah menjual tanah itu kepada sebuah syarikat yang dipercayai miliknya sendiri.
“Dia dah jual dah. Yang aku dengar lah dia jual pada company. Tapi company milik dia.
“Tanah rizab Melayu. Dulu minta tolong. Orang kita support, last-last gelap mata pasal duit, terus jual.
“Sekarang aku rasa dah tak boleh nak robohkan sebab owner jadi nak jual,” dakwanya.
BACA JUGA:
Tidak peduli usia, kuil haram akan tetap diroboh 9 Februari – Pemilik tanah
Tuan tanah tegas roboh kuil haram 9 Februari, polis pantau keadaan
Dalam pada itu, ditanya mengenai status yang dimuatnaik Persatuan Pembela Hak Masyarakat Malaysia pada 13 Januari lalu yang menyeru orang ramai supaya tidak mencemuh berkenaan isu kuil itu kerana banyak fakta tidak benar mengenainya, Suhaili mengakui tidak mengenali mereka.
“Saya tak tahu. Tak kenal pun. Saya cuma kenal jiran sebelah tanah saya dengan Mr Guru iaitu tuan punya kuil itu saja.
“Saya bukan orang situ. Baru ini saja ke sana pasal kuil itu. Dalam 25 tahun ini, mungkin baru 10 kali datang ke situ,” katanya.

Semalam, Suhaili menegaskan, pihaknya akan tetap meneruskan rancangan untuk merobohkan binaan kuil haram tersebut pada 9 Februari ini kerana beliau mempunyai hak sebagai pemilik tanah.
Malah katanya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang juga sudah mengetahui mengenai perkara tersebut.
“Bagi saya kalau 1,000 tahun pun (usia kuil itu), saya tak peduli. Itu tanah saya,” katanya.
Untuk rekod, tanah tersebut telah dipindah hak milik kepada Suhaili secara rasmi pada tarikh 21 Februari 2001 selepas dibeli daripada pemilik asalnya, Abdul Hamid Maani.
Sebelum itu, tanah tersebut dimiliki oleh Abdul Hamid sejak 2 Februari 1991.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








