BERITA SEMASADALAM NEGERI

Jaringan alumni pendidikan tinggi penting dalam hubungan Malaysia–Indonesia

KUALA LUMPUR – Jaringan alumni pendidikan tinggi memainkan peranan signifikan dalam memperkukuh hubungan Malaysia–Indonesia, khususnya sebagai jambatan merentas generasi yang menyatukan nilai ilmu, persahabatan dan kerjasama serantau.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hubungan antara kedua-dua negara bukan sekadar bersifat diplomatik, sebaliknya terjalin atas ikatan persaudaraan serumpun yang berakar daripada persamaan budaya, bahasa dan sejarah bersama.

Zambry Abd Kadir (dua dari kanan) bersama Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kiri) bersama wakil Indonesia pada Majlis Makan Malam PAPTI baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perdana sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“PAPTI telah membuktikan bagaimana jaringan alumni mampu menjadi jambatan kukuh merentas generasi, menyatukan nilai ilmu, persahabatan dan kerjasama serantau.
“Semoga PAPTI terus memainkan peranan strategik sebagai pemangkin hubungan rakyat-ke-rakyat (people to people), memperkukuh kerjasama pendidikan tinggi, serta menyumbang kepada masa depan Malaysia–Indonesia yang lebih erat dan progresif demi generasi akan datang,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, PAPTI membuktikan bahawa kekuatan jaringan alumni mampu menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan rakyat-ke-rakyat (people to people), sekali gus menyokong kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi.

Beliau berharap PAPTI terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Indonesia ke arah masa depan yang lebih erat dan progresif demi manfaat generasi akan datang.

Majlis Makan Malam Perdana sempena Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button