LUAR NEGARA

Skandal ugutan permit, Timbalan Menteri Indonesia dipecat

JAKARTA – Timbalan Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Immanuel Ebenezer, dipecat susulan dakwaan terlibat dalam kes ugutan berhubung permit keselamatan dan kesihatan pekerja.

Ebenezer dan 10 individu lain, yang terdiri daripada pegawai kementerian dan kakitangan syarikat latihan, ditahan Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK), Rabu lalu.

Menurut KPK, sindiket berkenaan mengenakan bayaran sehingga 6 juta rupiah (RM1,760) bagi permit keselamatan, berbanding kadar rasmi 250,000 rupiah (RM73).

Hasil daripada bayaran itu kemudian dipercayai diagih kepada pegawai yang terlibat.

Susulan penahanan itu, KPK merampas 15 kereta, tujuh motosikal dan wang tunai RM53,000.

Jika sabit kesalahan, Ebenezer atau lebih dikenali sebagai Noel berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Noel bagaimanapun menafikan tuduhan terbabit, dan memohon maaf kepada Presiden Prabowo Subianto dan rakyat Indonesia.

Beliau juga menjadi anggota pertama dalam Kabinet Merah Putih Prabowo yang ditahan agensi rasuah itu.

Penahanan itu adalah operasi kelima oleh KPK sepanjang tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button