Anggota ICE tembak mati orang awam
MINNEAPOLIS – Anggota Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang lagi lelaki di sini, menjadikannya kes kedua orang awam mati ditembak sepanjang operasi luar biasa pentadbiran Donald Trump.
Tindakan itu mencetuskan gelombang protes baharu dalam kalangan penduduk selain meningkatkan tentangan pasukan keselamatan negeri terhadap pihak berkuasa Persekutuan.
Kematian itu berlaku kurang tiga minggu selepas warga AS, Renee Good, ditembak dan dibunuh anggota ICE.
Terbaharu, identiti mangsa disahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) sebagai jururawat lelaki berusia 37 tahun, Alex Pretti.
Seperti kes kematian Good, pihak berkuasa Persekutuan dan tempatan memberikan maklum balas berbeza mengenai kejadian berkenaan, manakala rakaman video pergelutan itu dengan pantas tersebar di media sosial.
Gabenor Minnesota, Tim Walz, menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengerikan’ dan menuntut supaya siasatan diketuai pihak berkuasa negeri.
“Kerajaan Persekutuan tidak boleh dipercayai untuk mengetuai siasatan ini. Negeri akan mengendalikannya,” katanya dalam sidang media, semalam.
Sebelum ini, pihak berkuasa Persekutuan menghalang penyiasat tempatan daripada menjalankan siasatan bersama berhubung kematian Good.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








