JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan suspek curi kabel loji rawatan air

LAWAS – Polis menahan tiga lelaki kerana disyaki mencuri kabel di kawasan loji rawatan air Trusan Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 20 hingga 31 tahun, lapor Utusan Sarawak.

“Polis Daerah Lawas telah menerima laporan kehilangan kabel di kawasan loji rawatan air Trusan, Isnin lalu.

“Kejadian disedari sehari sebelumnya oleh pengadu yang merupakan pekerja syarikat berkaitan kerja dalam loji. Anggaran kerugian kabel yang hilang RM 46,750.00,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan yang dilancarkan berjaya membawa kepada penahanan tiga suspek berkenaan di kediaman masing-masing di Jalan Trusan, dekat sini.

Turut dirampas, sebahagian gulungan kabel telah dibakar serta kabel belum dibakar, dipercayai antara yang dilaporkan hilang.

“Semua saspek telah menjalani ujian urin dan didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan kesalahan lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai lima kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah. Kes disiasat mengikut seksyen 379 KK dan seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button