POLITIK

PAS puji peletakan jawatan Akmal, gesa DAP buktikan pendirian moral, integriti politik

MELAKA – PAS Melaka memuji tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang meletak jawatan EXCO Melaka secara sukarela dan menggesa tindakan sama dibuat anggota DAP yang memgang jawatan EXCO dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sedik berkata, kini tiba masanya DAP membuktikan pendirian moral dan integriti politik mereka.

“Bagi saya, tindakan itu adalah sindiran sangat tajam kepada DAP yang kini perlu membuktikan tahap moral mereka sendiri.

“Sekurang-kurangnya, sudah tiba giliran DAP Melaka pula untuk melepaskan jawatan EXCO serta Timbalan Speaker DUN,” katanya kepada portal SH Online, hari ini.

Kamaruddin yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Melaka berkata, Dr Muhamad Akmal sudah mengotakan janji dengan berundur daripada jawatan itu kerana berpegang kepada prinsip mendahulukan tanggungjawab memperjuang serta mempertahankan agama, bangsa dan raja Melayu.

Mengulas lanjut, Kamaruddin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin berkata, keputusan Dr Muhamad Akmal itu sememangnya sudah dijangka.

Katanya, ia dilihat sebagai hasil dorongan faktor prinsip serta pertimbangan moral, selain secara tersirat menjawab serangan DAP terhadapnya sebelum ini.

Katanya, PAS turut melihat Ketua UMNO Bahagian Jasin itu sebagai tokoh muda yang berpotensi besar dalam politik negara pada masa depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button