PAS pertimbang tindakan undang-undang, himpunan mega bantah Perjanjian ART
KUALA LUMPUR – PAS melahirkan kebimbangan serius terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Amerika Syarikat-Malaysia yang didakwa boleh menjejaskan kedaulatan negara serta membawa implikasi negatif dari sudut ekonomi dan undang-undang.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, parti itu sedang meneliti beberapa langkah bagi membantah perjanjian tersebut, termasuk kemungkinan memfailkan semakan kehakiman.
Selain itu, katanya, PAS turut merancang untuk menganjurkan forum melibatkan tenaga profesional dan ahli akademik bagi membongkar implikasi sebenar perjanjian ART, serta Himpunan Mega “Turun Anwar 2.0” sebagai gerakan rakyat mempertahankan kedaulatan negara.
“PAS memantau dengan dekat dan serius perkembangan berkaitan ART yang kini mendapat tentangan meluas daripada pelbagai pihak, termasuk cendekiawan, ahli akademik dan pakar undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, katanya, parti itu turut menyeru rakyat Malaysia agar kekal peka terhadap sebarang usaha yang disifatkan sebagai bentuk “penjajahan ekonomi baharu” atas nama perdagangan dan digitalisasi.
Ahmad Fadhli menegaskan, PAS berpandangan penyelesaian sebenar terhadap isu ini perlu kembali berlandaskan prinsip dan panduan Islam.
“Kembali kepada penyelesaian Islam,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








