BERITA SEMASA

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 20 Januari ini

PUTRAJAYA – Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) bagi sesi akademik 2025/2026 akan dikeluarkan pada 20 Januari ini dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai pukul  10 pagi.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) bagi sesi akademik tersebut selesai dilaksanakan pada 10 Disember tahun lepas.

Seramai 5,189 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dari 896 sekolah di seluruh negara telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik 2025/2026 dan layak menerima SASM.

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang layak menerima SASM bagi Sesi Akademik 2025/2026.

“KPM kekal komited untuk memastikan akses pendidikan yang adil, saksama dan inklusif selaras dengan hala tuju serta aspirasi pendidikan negara,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button