Jalaludin dilantik exco kanan Negeri Sembilan
KUALA PILAH – Ketua UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilantik menjadi exco kanan dalam barisan ahli mesyuarat negeri, hari ini.
Terdahulu, dalam Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tersebut, kesemua 10 ahli termasuk Jalaludin mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang tersebut merupakan antara enam muka baharu yang dilantik menganggotai exco.
Selain Jalaluddin, turut dilantik adalah Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, Datuk Ismail Lasim, Mustapha Nagoor, Datuk Mohd Faizal Ramli dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.
Sementara itu, exco yang dilantik semula adalah Teo Kok Seong, Nicole Tan, J Arul Kumar dan S Veerapan.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Hadir sama, Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan, Datuk Muhammed Abdullah
Selain itu, Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.