PMX

Temu Anwar: PM pelawa warga Negeri Sembilan ke USIM Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menjemput warga Negeri Sembilan untuk ikut serta dalam sesi Temu Anwar pada Sabtu ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

“Saya menantikan soalan dan pendapat semua pihak dalam sesi santai dan penuh harmoni, bagi meraikan perbezaan serta pandangan.

“Kita jumpa Sabtu ini!” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Berdasarkan poster yang dikongsi menerusi catatan itu, sesi Temu Anwar akan berlangsung pada jam 1.30 tengah hari di Dewan Tuanku Canselor USIM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button