Perlembagaan, kedaulatan undang-undang mesti dipelihara – Agong
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti sentiasa dipelihara serta dipertahankan kerana ia menjadi asas kepada kepercayaan rakyat terhadap institusi pemerintahan negara.
Titah itu disampaikan ketika baginda berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di ibu negara, hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Sultan Ibrahim turut menegaskan bahawa rakyat berhak berasa kecewa apabila pihak berkuasa didapati menyalahgunakan kedudukan dan terlibat dalam amalan rasuah.
“Pemeliharaan dua aspek Rukun Negara itu amat penting kerana ia memberi kesan secara langsung ke atas tahap kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi pemerintahan dan pentadbiran negara,” titah baginda.
Pada sesi mengadap berkenaan, baginda telah diberi taklimat berhubung isu-isu semasa berkaitan perundangan negara termasuk usaha pengukuhan tatakelola serta pelaksanaan reformasi institusi ke arah memerangi rasuah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







