BERITA SEMASA

Komando parah ketika jalani aktiviti payung terjun

MELAKA – Seorang anggota komando dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang dilaporkan cedera parah ketika menjalani aktiviti payung terjun di Pantai Klebang, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, anggota berpangkat Koperal berkenaan dipercayai terjatuh semasa menyertai demonstrasi sempena Sambutan Tahun Baharu 2026 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (GGK) ke-60 yang berlangsung di Encore, Melaka sejak 27 Disember lalu hingga esok.

Difahamkan, mangsa yang juga bertugas sebagai pembantu jurulatih Cawangan Payung Terjun Pulpak mengalami patah tulang rusuk kanan selain disyaki mengalami retakan pada tulang leher.

Beliau kini menerima rawatan di Hospital Melaka dan dilaporkan dalam pemantauan pihak perubatan.

Insiden itu turut tular di media sosial apabila satu rakaman video berdurasi kira-kira tujuh saat tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam, memaparkan detik kejadian berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button