Luruan monsun dijangka berlaku 25 hingga 29 Disember ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan luruan monsun berlaku antara 25 hingga 29 Disember ini, sekali gus berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung.
Menurut METMalaysia, analisis model cuaca terkini turut menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan sepanjang tempoh berkenaan.
“Keadaan cuaca signifikan itu berisiko menjejaskan aktiviti harian orang awam, khususnya di kawasan terdedah kepada hujan lebat berpanjangan dan perairan yang bergelora,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan mendapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi, saluran media sosial agensi itu serta aplikasi myCuaca.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








