BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Simpan emas di DMS Gold, pandu EV tanpa beban hutang

KUALA LUMPUR – Simpanan emas sebagai ganti ansuran bulanan kenderaan menjadi kelainan utama apabila DMS Motors bersama rakan strategik, KOMAJU (Koperasi Usaha Maju Berhad) memperkenalkan DMS Gold, iaitu Program Simpan dan Pandu yang membolehkan pelanggan menggunakan kenderaan elektrik tanpa bayaran ansuran.

Menerusi program itu, pelanggan yang membuat simpanan 50 gram emas layak menggunakan NETA V, manakala simpanan 100 gram emas melayakkan penggunaan NETA X, tertakluk kepada tempoh pengekalan simpanan selama satu atau tiga tahun.

Program berkenaan menawarkan penggunaan kenderaan tanpa bayaran ansuran bulanan, selain insurans serta kos penyelenggaraan terpilih di bawah waranti pengeluar, sekali gus menjadi alternatif kepada pemilikan kenderaan konvensional.

Menurut DMS Motors, DMS Gold bukan skim pembiayaan atau pinjaman, sebaliknya platform simpanan emas yang memberikan manfaat penggunaan kenderaan tanpa unsur hutang, selari dengan prinsip kewangan bertanggungjawab.

“DMS Gold – Simpan & Pandu adalah program simpanan emas yang menawarkan manfaat penggunaan kenderaan elektrik tanpa komitmen ansuran bulanan.

“Progam ini diwujudkan bagi memberi rakyat Malaysia pilihan simpanan yang lebih bijak, praktikal dan berdisiplin, sambil menikmati kemudahan mobiliti tanpa beban hutang,” kata wakil pengurusan DMS Motors.

Emas
Screenshot

Terdahulu, majlis pelancaran baru-baru ini turut menyaksikan penyerahan kenderaan kepada 10 pelanggan terawal, bacaan doa serta sesi jaringan bersama rakan strategik dan media.

Dalam program itu, DMS Motors menguruskan pendaftaran kenderaan, insurans, cukai jalan serta penyelenggaraan terpilih, manakala pelanggan hanya menikmati hak penggunaan kenderaan tanpa pemilikan.

“Pelanggan menikmati hak penggunaan kenderaan, bukan pemilikan, mankala DMS Motors mengurus pendaftaran, insurans, cukai jalan dan penyelenggaraan terpilih,” katanya.

Sementara itu, DMS Gold disasarkan sebagai platform simpanan yang praktikal, menyokong penggunaan mobiliti hijau dan lestari, selain memperkukuh ekosistem kerjasama antara koperasi dan industri automotif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button