LUAR NEGARA

Gempa bumi 7.6 gegar utara Jepun

TOKYO – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.6 menggegarkan wilayah utara Jepun, malam tadi.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran berlaku kira-kira pukul 11.15 malam (waktu tempatan) itu dikesan berpusat kira-kira 80 kilometer (km) dari pesisir Aomori pada kedalaman 50km, lapor al-Jazeera.

Susulan gegaran tersebut, JMA turut mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya ombak tsunami hingga setinggi tiga meter (m) di Hokkaido, Aomori dan Iwate.

Setakat ini, maklumat mengenai kemalangan jiwa masih belum diterima, namun laporan awal menyebut beberapa penginap hotel di bandar Hachinohe tercedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button