KPT lulus 21 projek bernilai RM1 bilion mantapkan ekosistem pendidikan tinggi di Sabah
KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan komitmen lebih RM1 bilion khusus untuk memantapkan ekosistem pendidikan tinggi negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan sebanyak 21 projek strategik telah diluluskan dengan nilai keseluruhan RM1.014 bilion bagi meningkatkan kualiti fasiliti dan program pendidikan tinggi (IPT) di Sabah.
Zambry berkata,kepentingan pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, sekali gus memenuhi keperluan industri semasa.
“Penekanan diberikan terhadap aspek ‘High TVET’ di peringkat Diploma dan Ijazah bagi memperkukuh penawaran tenaga mahir negara,” menurut KPT dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, inisiatif itu dibuat susulan lawatan kerja serta sesi libat urus beliau bersama rakan media Sabah di Kota Kinabalu semalam, menggambarkan kesungguhan KPT memastikan setiap inisiatif pembangunan dilaksana secara telus dan berkesan.
Selain itu, beliau juga memaklumkan penubuhan Fakulti Undang-undang baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah mendapat kelulusan Kabinet dan Majlis Peguam, menyifatkannya sebagai lonjakan penting kepada pembangunan akademik negeri.
Mengenai isu bekalan air kritikal di Kampus UMS, Zambry menjelaskan kerja penyelesaian kini mencapai 96 peratus kemajuan.
Semasa berada di UMS pagi semalam, beliau turut meninjau pembangunan Hospital Pengajar UMS (HPUMS) yang dijangka memulakan operasi secara berfasa seawal Disember ini.
Dalam masa sama, KPT turut mempertimbangkan pembinaan asrama baharu bagi Kolej Komuniti di Sabah bagi memenuhi keperluan pelajar khususnya di kawasan pedalaman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















