BERITA SEMASADALAM NEGERI

[RASMI] – DUN Lamag kekal milik BN, Mohd Ismail menang dengan majoriti 5,681 undi

KINABATANGAN – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag apabila calonnya, Mohd. Ismail Ayob, menang dengan majoriti 5,681 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag, malam ini.

Mohd. Ismail atau lebih dikenali sebagai Miha menewaskan pencabarnya daripada Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek, dalam pertandingan satu lawan satu.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK, Dr. Eddy Syaizul Rizam Abdullah di pusat penjumlahan undi di Dewan Sri Lamag, di sini.

Menurut keputusan, Mohd. Ismail memperoleh 7,269 undi manakala Mazliwati hanya meraih 1,588 undi.
PRK DUN Lamag diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, November lalu, Bung Moktar mempertahankan kerusi DUN Lamag untuk penggal kedua selepas memenangi persaingan lima penjuru dengan majoriti tipis 153 undi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button