BERITA SEMASA

Ikon antarabangsa, Mufti Menk bakal tampil secara langsung di Sabah 30 April ini

KOTA KINABALU – Penceramah bertaraf global Mufti Ismail Menk akan membuat penampilan dalam program “Mufti Menk Live in Sabah” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 30 April ini.

Program yang bertemakan “Broken but Beloved” itu dijangka menarik ribuan hadirin dari seluruh Sabah dan luar negeri, sekali gus menjadikannya antara program inspirasi terbesar di negeri ini tahun ini.

Menurut Faith Events dan Al Falah Team Solutions, dengan jutaan pengikut di seluruh dunia, Mufti Menk dikenali kerana keupayaannya menyampaikan mesej yang mudah difahami, menyentuh hati serta relevan dengan kehidupan masa kini.

“Kupasan beliau sering merangkumi cabaran kehidupan, ketahanan emosi, hubungan kekeluargaan serta pencarian makna hidup yang dekat dengan golongan belia, profesional dan masyarakat umum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya program itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin bersama pemimpin negeri, tokoh korporat serta anggota masyarakat.

Katanya, program itu bertujuan menjadi wadah bagi penglibatan masyarakat untuk pembangunan diri secara inklusif dengan menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana perkongsian ilmu dan refleksi positif.

Bertempat di SICC program itu yang akan bermula pukul 7 petang dianjurkan bersama oleh Glocal Link (M) Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Faith Events dan Al Falah Team Solutions serta penglibatan rakan strategik termasuk Bidaura, MARA Corporation, Weststar Aviation, SICC, Abang Aminn Travel & Tours Sdn Bhd dan Le Meridien Kota Kinabalu.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket yang ditawarkan dalam empat kategori iaitu RM250 (gold), RM150 (silver), RM75 (pelajar institusi pendidikan tinggi) dan RM50 untuk pelajar sekolah menengah.

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh didapati di laman sesawang https://faithevents.asia/muftimenksabah/ticket-purchase dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 013-8034593 atau 019-4404559.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button