BERITA SEMASA

Kerajaan timbang hantar kenderaan berat pindahkan rakyat Malaysia dari Hatyai

BAGAN DATUK – Kerajaan sedang menimbang untuk menghantar kenderaan berat bagi memindahkan rakyat Malaysia terkandas susulan bencana banjir di Hatyai, Thailand.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi berkenaan akan dilaksanakan menerusi koordinasi Kementerian Luar dengan kerajaan Thailand, lapor BERNAMA.

Buat masa ini, katanya, Malaysia juga akan memperoleh maklumat terkini berhubung situasi banjir yang berlaku di wilayah itu menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

“Kita akan mendapat maklumat terkini daripada konsul jeneral kita di Songkhla, serta koordinasi akan dibuat dengan Kementerian Luar dan mungkin dengan kerajaan Thailand dan juga gabenor di wilayah Songkhla untuk kita berikan bantuan kepada mereka.

“Dan seboleh mungkin mereka mahu pulang cepat ke negara kita dan mungkin kita sediakan kenderaan berat untuk mengangkut mereka supaya dapat pulang ke kawasan masing-masing,” katanya, hari ini

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Moh Kita Sihat, di Bagan Datuk, hari ini.

Laporan media malam tadi menyebut, kira-kira 4,000 rakyat Malaysia terkandas berikutan banjir di Hatyai dan beberapa kawasan di sekitar selatan Thailand dengan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button