PPS di Pahang, Terengganu catat 5,527 mangsa banjir
KUALA LUMPUR – Pahang kekal sebagai negeri paling terjejas akibat banjir diikuti Terengganu apabila masing-masing mencatat
5,527 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 4,993 mangsa masih berada di 41 PPS yang dibuka sejak 16 Disember lalu menempatkan 1,687 keluarga membabitkan tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Bera, Rompin, Maran dan Temerloh.
Sementara itu, di Terengganu, seramai 534 mangsa daripada 177 keluarga masih berlindung di lima PPS yang dibuka di Kemaman dan Dungun.
Dalam perkembangan berkaitan, data Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan dua sungai di Pahang melebihi paras bahaya setakat pukul 7 pagi tadi, iaitu Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan (trend menurun) dan Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran (trend menaik).
Di Sarawak, Sungai Nanga Lemai B di Sibu turut melepasi tahap bahaya sekitar jam 6 pagi tadi, namun menunjukkan trend menurun. Beberapa sungai lain di Sarawak, Johor dan Selangor pula dikesan berada pada paras amaran dan waspada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








