BERITA SEMASADALAM NEGERI

Laluan Pekan-Kuantan dekat UnIPSAS dinaiki air hampir 1 meter

KUANTAN – Kenaikan paras air sehingga 0.77 meter di bahagian kiri laluan menyebabkan Jalan Pekan–Kuantan (FT003) berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula pukul 7.15 pagi hari ini.

Penutupan itu dibuat susulan limpahan Sungai Belat yang menenggelami laluan utama berkenaan, dengan paras air di bahagian kanan jalan pula direkodkan setinggi 0.87 meter, melepasi had keselamatan dan tahap penutupan penuh laluan.

Menurut laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuantan bersama Roadcare (M) Sdn. Bhd., kejadian itu melibatkan Seksyen 319 membabitkan laluan sepanjang kira-kira 1.2 kilometer dari arah Kuantan ke Pekan dan sebaliknya.

“Cuaca hujan berterusan sejak awal pagi menyebabkan arus air menjadi deras serta paras air terus meningkat, sekali gus menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya.

“Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, papan tanda amaran telah dipasang di lokasi terlibat dan pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan penutupan,” katanya dalamkenyataan hari ini.

Sebagai laluan alternatif, pengguna dinasihatkan menggunakan FT421 Jalan Putra melalui Jambatan Kedua Tanjung Lumpur atau FT183 Jalan Padang Lalang–Tanjung Lumpur–Kampung Baharu.

JKR memaklumkan laluan berkenaan hanya akan dibuka semula selepas keadaan disahkan selamat dan paras air banjir surut sepenuhnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button