MCMC raih pengiktirafan khas Selangor atas sumbangan perkukuh infrastruktur komunikasi
CYBERJAYA – Usaha berterusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh infrastruktur komunikasi serta menyokong ekosistem pelaburan negeri mendapat pengiktirafan apabila Pejabat Negeri Selangor (SSO) menerima Special Recognition Award for Government & Technical Agencies in Selangor pada majlis Selangor Investors Appreciation Award, kelmarin.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Datuk Dr Haniff Zainal Abidin dan diterima bagi pihak MCMC oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, Bukhari Yahya.
“Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan MCMC melalui SSO dalam menyokong pembangunan infrastruktur komunikasi, meningkatkan kesiapsiagaan teknikal serta memperkukuh daya tarikan pelaburan di Selangor melalui kerjasama strategik bersama kerajaan negeri, agensi teknikal dan rakan industri,” kata MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.
Majlis turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama para pelabur dan wakil industri.
MCMC turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga SSO dan MCMC atas usaha dan kerjasama padu yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.
Suruhanjaya itu juga menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh infrastruktur komunikasi, meningkatkan ketersambungan serta menyokong agenda pelaburan negeri dan negara.
“MCMC kekal komited untuk memastikan setiap pelaburan ini diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat termasuk peningkatan kualiti rangkaian, pengalaman pengguna, keselamatan dalam talian dan pembangunan bandar pintar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







