JENAYAH & MAHKAMAH

Tangkapan individu di Johor tidak libatkan exco, pegawai agensi kerajaan negeri – SPRM

PUTRAJAYA – Individu yang ditahan berhubung dakwaan rasuah serta salah guna kuasa melibatkan jumlah kira-kira RM1.6 juta tidak melibatkan mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), pegawai atau agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri Johor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, individu berkenaan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lot Tapak Perumahan Generasi Ke-2 di Tanah Rancangan di Tenggaroh 2 Negeri Johor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, SPRM komited untuk menjalankan siasatan secara profesional, bebas dan telus.

“SPRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perlakukan rasuah atau salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataanm hari ini.

Sehubungan itu, SPRM meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan mana-mana individu atau pegawai kerajaan negeri berkenaan.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun persekutuan di Johor ditahan kerana disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah serta menyalahgunakan kuasa dengan memperdaya pemohon tanah kerajaan dalam urusan permohonan lot tapak perumahan.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai ditahan kira-kira pukul 7.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button