Bekas Pengerusi Tabung Haji dijangka didakwa esok
KUALA LUMPUR – Seorang bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, lelaki itu akan dituduh di hadapan Hakim Azura Alwi pada pukul 9 pagi.
Pada 26 Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lelaki itu bagi membantu siasatan susulan isu dibangkitkan dalam Laporan RCI TH.
SPRM dilaporkan berkata, individu berusia 60 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Baca juga : Gabungan NGO Melayu Negeri Sembilan gesa dalang isu Tabung Haji diheret ke muka pengadila
Beliau kemudian direman selama tujuh hari sehingga 1 September lalu bagi membantu siasatan SPRM berhubung pendedahan Laporan RCI TH.
Laporan RCI mengenai TH yang dimuat naik melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu antara lain mencadangkan supaya audit forensik dijalankan bagi meneliti kaedah keputusan pelaburan yang dibuat sebelum ini sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.
Laporan RCI bagi menyiasat isu pengurusan dan operasi TH dari 2014 hingga 2020 itu turut menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








