LUAR NEGARA

Arab Saudi namakan Sheikh Salleh bin Fawzan sebagai Mufti Besar yang baharu

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan Sheikh Saleh bin Fawzan bin Abdullah Al-Fawzan dilantik sebagai Mufti Besar yang baharu, semalam.

Pelantikan Sheikh Salleh, seorang ulama konservatif yang berusia lebih 90 tahun, dibuat bagi menggantikan Sheikh Abdulaziz al-Sheikh yang meninggal dunia September lalu selepas lebih dua dekad memegang jawatan tersebut, lapor AFP.

Pelantikan beliau dibuat atas cadangan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemerintah de facto Arab Saudi yang telah melaksanakan pelbagai reformasi sosial dan ekonomi sejak 2017.

Sheikh Salleh pernah mencetuskan kontroversi apabila menentang penetapan umur minimum perkahwinan pada 2011, serta pernah mengeluarkan kenyataan menghina terhadap masyarakat Syiah, yang disifatkan sebagai “saudara kepada syaitan” dalam satu sesi soal jawab yang dirakam pada 2017, menurut Human Rights Watch.

Walaupun kerajaan Arab Saudi kini giat melaksanakan pembaharuan sosial, termasuk membenarkan wanita memandu, melonggarkan kod pakaian wanita di bandar, dan menerima pelancong bukan Islam, pelantikan Sheikh Saleh dilihat selari dengan dasar keagamaan tradisional negara itu.

Menurut pakar dasar Saudi dari Universiti Birmingham, Dr Umar Karim, pelantikan tersebut mencerminkan amalan tetap kerajaan dalam memilih ulama paling senior dan dihormati dalam Majlis Ulama Tertinggi sebagai pengganti.

“Walaupun suasana sosial telah berubah dan terus berubah, struktur dan mekanisme institusi keagamaan masih kekal,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button