LUAR NEGARA

Rejim zionis bom kedudukan Hamas di Rafah

GAZA CITY – Tentera udara rejim zionis dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas Rafah, hari ini.

Stesen televisyen Israel, Kan, melaporkan bahawa tentera udara rejim melancarkan beberapa siri serangan ke atas beberapa sasaran di Rafah, manakala beberapa saluran media lain melaporkan serangan turut berlaku di kawasan lain di selatan Gaza serta di bandar Jabalia di utara wilayah berkenaan.

Rangkaian televisyen Israel, Channel 12, melaporkan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengadakan panggilan telefon dengan Menteri Pertahanan, Israel Katz dan pegawai kanan tentera ketika serangan dilancarkan.

The Times of Israel yang memetik sumber berkata, “serangan dilancarkan ke atas anggota Hamas yang menyerang kedudukan tentera Israel di Rafah.”

Seorang pegawai tentera Israel memberitahu Reuters, telah melancarkan beberapa serangan terhadap pasukan Israel melepasi kawasan yang digelar “garisan kuning”, sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata.

Bagaimanapun, laporan rangkaian al-Jazeera menyebut serangan udara itu dilancarkan apabila Hamas menyerang kedudukan militia bersenjata yang disokong Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button