LUAR NEGARA

Tentera rejim zionis diarah tembak penduduk Gaza tunggu bantuan kemanusian – Haaretz

TEL AVIV – Tentera Israel di Tebing Gaza diarah menembak orang awam yang tidak bersenjata ketika mereka sedang menunggu bantuan kemanusiaan.

Portal Haaretz dalam laporannya berkata, perbualan dengan beberapa anggota tentera mendedahkan bahawa “komander mengarahkan anggota untuk menembak ke arah orang ramai bagi menghalau atau menyuraikan mereka, walaupun jelas mereka tidak menimbulkan sebarang ancaman.”

Menurut Haaretz, salah sorang anggota yang tidak dinamakan berkata, “Ia seperti medan pembunuhan.”

Menurutya, di pos kawalannya, “antara satu hingga lima orang terbunuh setiap hari” akibat tembakan peluru hidup, dan bukannya langkah kawalan orang ramai yang tidak mendatangkan bahaya.

Pendedahan ini susulan laporan Kementerian Kesihatan Gaza yang menyatakan, sekurang-kurangnya 549 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 4,000 lagi cedera di kawasan berhampiran pusat bantuan dan trak makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 27 Mei lalu.

Lokasi pengagihan makanan yang dimaksudkan dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation, satu inisiatif bantuan yang dilaporkan diselaraskan oleh pihak berkuasa Israel, kumpulan pendakwah Amerika Syarikat (AS) dan kontraktor keselamatan swasta.

Seorang tentera simpanan Israel memberitahu Haaretz bahawa “tiada siapa peduli tentang Gaza lagi”, menggambarkan zon itu sebagai kawasan tanpa undang-undang di mana “kehilangan nyawa manusia tidak membawa makna apa-apa.”

Seorang pegawai kanan tentera simpanan turut berkata: “Apabila kami tanya mengapa mereka melepaskan tembakan, kami diberitahu bahawa itu adalah arahan dari atasan… Saya boleh nyatakan dengan pasti bahawa orang ramai itu tidak berada dekat dengan pasukan dan tidak mengancam mereka. Ia tidak masuk akal, mereka dibunuh begitu sahaja, tanpa sebab.”

“Perkara yang dipanggil pembunuhan orang tidak berdosa ini, ia sudah menjadi kebiasaan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button