BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Laporan patologi kes tikam pelajar dijangka siap antara satu hingga tiga bulan

KUALA LUMPUR – Laporan patalogi kes kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditikam pelajar lelaki di sebuah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pada Selasa lalu dijangka mengambil masa satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, jumlah sebenar kesan tikaman hanya dapat disahkan secara rasmi setelah laporan tersebut siap.

“Setakat ini laporan penuh belum diperoleh, kebiasaannya laporan patologi mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.

“Hanya selepas laporan itu siap, barulah jumlah sebenar kesan tikaman dapat disahkan secara rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata suspek utama masih direman sehingga 21 Oktober ini bagi melengkapkan siasatan manakala 127 saksi sudah dipanggil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan, ibu mangsa, Wong Lee Pong mendakwa ahli patologi memaklumkan, anaknya ditikam 200 kali dan bukan 50 kali, selain terdapat luka besar dan kecil pada bahagian kanan badan, termasuk leher dan paru-paru.

Dalam kejadian berkenaan, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan.

Suspek kemudian ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button