BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Pensyarah rugi hampir RM500,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang pensyarah berputih mata apabila mengalami kerugian RM493,600 akibat terpedaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan secara dalam talian pada September tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata, wanita berusia 39 tahun itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen pelaburan saham daripada sebuah syarikat.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘C-129 WLIS AW Fans Group’ dan diarahkan memuat turun satu aplikasi pelaburan menerusi pautan yang diberikan bagi tujuan membuat pelaburan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM493,600 menggunakan wang simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarganya.

“Pada 14 Januari lepas, mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM144,676 sebagai cukai pengeluaran, namun mangsa enggan berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu.

“Mangsa tidak membuat bayaran tambahan itu kerana berasa curiga sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis,” katanya.

Baca juga : Dua kali ditipu, pesara jurutera rugi lebih RM100,000

Yahaya menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berhampiran sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button