BERITA SEMASA

PRN Johor: Proses undi awal di IPD Johor Bahru Selatan berjalan lancar

JOHOR BAHRU – Proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjalan lancar walaupun berdepan keadaan cuaca kurang baik pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya telah memastikan semua anggota yang terlibat dapat menunaikan tanggungjawab mengundi sebelum kembali menjalankan tugas masing-masing.

Dua anggota menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pengundian awal di IPD Johor Baharu Selatan hari ini

“Alhamdulillah, pagi ini walaupun cuaca kurang baik tetapi keadaan proses mengundi berjalan dengan lancar dan masih diteruskan sehingga jam 5 petang.

“Kita sudah minta semua anggota keluar mengundi dan menjalankan proses-proses mengundi,” katanya kepada Malaysia Tribune di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang isu berbangkit dilaporkan sepanjang proses pengundian awal berlangsung.

“Setakat ini ada calon-calon yang datang melihat tempat undi dan tidak ada apa-apa isu yang berbangkit,” katanya lagi.

Mengulas persiapan menghadapi hari pengundian yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Azrul Hisham berkata, pihak polis berada dalam keadaan bersedia bagi memastikan keselamatan awam di semua pusat mengundi di bawah kawalan IPD Johor Bahru Selatan.

“Pihak polis bersedia dalam pilihan raya ini dan kita menjamin keselamatan orang awam yang keluar mengundi.

“Kita akan beri kerjasama dan memastikan semua yang keluar mengundi berada dalam keadaan selamat,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan calon, penyokong serta pengundi supaya mematuhi segala peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh pilihan raya.

“Kita ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR. Apa-apa peraturan kita ikut. Saya nasihatkan supaya semua pihak mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button