JENAYAH & MAHKAMAH

Empat lelaki ditahan selepas serang remaja di gelanggang bola keranjang

KLUANG – Polis menahan empat lelaki termasuk dua yang mempunyai rekod jenayah lampau selepas dipercayai menyerang seorang remaja lelaki dalam kejadian di gelanggang bola keranjang,
Kampung Paya di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 17 tahun diserang empat suspek tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam sebelum rakaman insiden itu tular di media sosial.

“Bertindak atas maklumat dan hasil semakan terhadap video tular tersebut, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan semua suspek berusia antara 19 hingga 21 tahun pada jam 1.30 tengah hari semalam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Bahrin, semakan lanjut mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala hasil ujian saringan air kencing menunjukkan kesemua mereka negatif bahan terlarang.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kluang di talian 07-7784222 / 07-7784256 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button