BERITA SEMASAPMX

PM balas jemputan murid ke Hari Usahawan Cilik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian selepas membalas jemputan seorang murid yang mengundangnya ke Hari Usahawan Cilik di Al Sakeenah Learning Centre, Subang Jaya.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Anwar memaklumkan beliau tidak dapat memenuhi jemputan itu kerana mempunyai urusan di Brunei pada Sabtu.

“Teringin nak pergi, tapi maaf hari Sabtu saya di Brunei,” katanya dalam komen balas tersebut.

Perdana Menteri turut mendoakan agar program berkenaan berjalan lancar, selain menitipkan pesanan secara berseloroh kepada murid supaya tidak membeli terlalu banyak makanan ringan.

“Saya doakan Hari Kantin taska berjalan lancar. Jangan beli jajan banyak sangat,” tulisnya.

Sebelum itu, seorang guru taska berkenaan yang menggunakan akaun @Aqilkmzmn di Threads berkongsi mesej daripada seorang murid yang mengajak Perdana Menteri hadir ke pusat pendidikan tersebut.

Lebih mencuit hati, murid berkenaan merujuk Anwar sebagai ‘Uncle Anwar’ dalam mesejnya.

“Minggu lepas salah seorang murid kami tanya boleh ke ajak PMX datang Hari Usahawan Cilik.

“Kita pun cakap kalau awak berjaya buat PMX datang, abi (cikgu) bagi awak 100 markah on ClassDojo (sebagai penghargaan). Tudia dia pi Uncle (pak cik) je PMX,” tulis guru berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button