Belanjawan 2026: Peruntukan TVET dinaikkan kepada RM7.9 bilion – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan terus komited memperkukuh bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila memperuntukkan RM7.9 bilion tahun depan berbanding RM7.5 bilion sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi permintaan industri berpertumbuhan pesat.
“Majlis TVET Negara menerima RM45 juta antaranya bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.
“Selain itu, institusi TVET KPM disediakan 1.3 bilion ringgit untuk mendidik 79,000 orang penuntut TVET,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut menegaskan TVET menjadi teras utama pembangunan modal insan negara, dengan pelaburan besar bagi memperluas peluang latihan, menaik taraf infrastruktur, serta memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran.
“Langkah ini (memperuntukkan RM7.9 bilion) bukan sahaja memperluas peluang pendidikan dan latihan TVET, tetapi turut menyokong sektor berkeutamaan tinggi,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








