BERITA SEMASA

Dewan Rakyat maklumkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pulai kepada SPRR

CYBERJAYA – Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemakluman kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai, Johor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kekosongan luar jangka itu disebabkan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia, kelmarin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu bahawa ada kekosongan.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, Johor telah meninggal dunia pada Ahad, 23 Julai 2023,” kata Johari dalam satu kenyataan, hari ini.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar pada jam 9.23 malam kelmarin selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button