BERITA SEMASA

Speaker Dewan Rakyat larang penggunaan istilah sensitif dalam sidang Parlimen

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menetapkan larangan penggunaan perkataan “PAS parti ajaran sesat” dan “kafir” dalam sidang Parlimen bagi mengelakkan permusuhan antara Ahli Parlimen.

Johari berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira sensitiviti semua pihak termasuk kerajaan dan pembangkang, selain bimbang istilah tersebut memberi kesan negatif kepada golongan muda.

“Walaupun saya tahu ada video mantan Perdana Menteri (Ahli Parlimen Pagoh) dan mantan Perdana Menteri (Langkawi) menyebutnya, itu berlaku di luar Dewan dan bukan urusan saya.

“Biar pihak berkuasa lain ambil tindakan, tetapi dalam Dewan janganlah.. cukuplah. Ia tidak beri manfaat malah hanya menimbulkan permusuhan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut menegaskan agar ahli Parlimen tidak menggelar rakan mereka sebagai kafir.

“Kafir mengkafir tidak elok, anak-anak dengar pun pelik. Perkataan itu boleh menimbulkan salah faham dan membara. Untuk membina rumah mengambil masa tetapi untuk membakarnya amat pantas,” ujarnya.

Bagaimanapun, Johari tidak menyebut nama Ahli Parlimen yang pernah menggunakan istilah berkenaan dalam Dewan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button