Dua lelaki rentung dalam kemalangan di Sungai Dua
BUTTERWORTH – Dua lelaki ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah kereta yang terbabit kemalangan sebelum terbakar di Jalan Pekan Darat menghala ke Sungai Lokan, Sungai Dua, di sini, pagi tadi.
Setakat ini, identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti oleh pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan operasi menyelamat masih dijalankan di lokasi.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta yang terbakar. Dua mangsa ditemukan rentung, namun identiti mereka belum dapat dikenal pasti. Pasukan bomba masih berada di lokasi untuk mengeluarkan mangsa,” katanya memetik BH Online.
Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar selepas kemalangan, bersama kapsyen mendakwa terdapat tiga individu di dalam kenderaan tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi berhubung jumlah sebenar mangsa yang terlibat.
Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








